Wednesday, 27 April 2011

Tips untuk wanita : 3 tips tackle suami

Sekarang aq nak 'SHARE' cara bagaimana
seorang isteri nak menawan hati suami

mende alah ni pon aq jmpe kat facebook
trase plak nk share kat blog aq ni
semoge dapat menjadi panduan kite bersama

hahaha
tanpa membuang masa, jom kita ke teknik 1.

Teknik pertama: Selami hati suami.


Kadangkala, suami menjadi dingin pada anda kerana 
mereka mempunyai masalah yang tidak dapat di luahkan 
dengan kata – kata. 

Anda selami dan ambil tahu masalah 
yang di hadapi oleh suami anda. Pujuk suami anda 
supaya meluahkan masalah dia pada anda. 

Jangan beri dia peluang untuk marah pada anda.

Jika dia marah, anda pujuk dia dan nyatakan kesudian 
anda untuk bersama – sama dengan dia. Apabila dia melihat 
anda ikhlas, dia akan mula goyah dan meluahkan 
segala – galanya pada anda. 

Dengan ini, secara perlahan – lahan, suami anda akan 
kembali pada anda. 

Teknik kedua: Cantikkan diri dan libatkan suami dalam aktiviti anda.


Jika anda mahu pergi ke pasar, anda paksa dia supaya 
menemani anda. Tampilkan diri anda dalam keadaan cantik 
dan ajak dia ke mana sahaja anda pergi. 

Jika dia melihat anda dalam keadaan cantik, dia tidak akan 
lepaskan anda. 

Tambahan pula, ketika anda keluar ramai lelaki yang suka 
melihat anda. Rasa cemburunya akan menjadikan dia lebih 
menyayangi anda.

Teknik ketiga: Sentiasa bermanja dengan dia.


Sentiasa peluk, cium dan belai suami anda. Lama kelamaan, 
dia pasti akan cair dengan kasih sayang yang anda tunjukkan.

Ketiga – tiga teknik ini boleh merapatkan kembali 
hubungan anda dan suami anda. Kadangkala, lelaki 
ini hanya  nampak semut di seberang tetapi tidak 
nampak gajah di depan mata. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah menyedarkan dia bahawa 
anda ada di sisi dia. 


No comments:

Post a Comment