Friday, 13 January 2012

AQ KEMBALI

13 jan 2012 , 0137h

aq kembali menulis dalam blog ni setelah sekian lama menyepi diri
dah tengah malam, namun mata ini seakan mustahil terpejam tanpa dia di sisi
hari ni aq bertugas, hmm kerja sume berjalan lancar
cume hidup aq yang xberape lancar
percintaan aq dengan si dia semakin berliku
pelbagai dugaan datang melanda
apakah benar aq terlalu mementingkan diri..?
hari ni mungkin kesabaran dye dah capai batasnye
"bb penat la"
"ape yang bb buat sume xkene"
ape yang aq da buat ni...?
sedaya upaya aq cuba menjaga hatinya, namun ini keputusannya
seolah2 aq menjawab sebuah soalan dengan panjang lebar, namun jawapanku ternyata menyimpang
apa yang harus ku lakukan..?
perasaan cemburu merajai segenap pelusuk diri ini setiap kali wujud lelaki lain dalam hidupnya
bukan sesiapa sekadar seorang teman
namun mengapa cemburu ini tidak dapat ku bendung...?????
aq sedar, siapa lah diri ini
hanya seorang teman yang dianggap istimewa di hatinya
walau dia bagaikan ratu dihatiku
dialah teman, dialah bidadari, dialah yang istimewa, dialah nyawaku
jujur ku mengaku, tanpa dia, tidak bernyawalah jasad ini
ingin diri ini mejadi segala-galanya bagi dia
namun tercapaikah hajatku?
mengertikah dia isi hati ini?
aq sekadar seorang lelaki biasa
tidak terlepas dari sifat2 keegoan seorang lelaki
walau sekuat mana aq melawan ego diri ini
ternyata kudrat hati ini terbatas
aq tak mampu melawan keinginan untuk dia menjadi yang mutlak bagiku
dan hanya untukku seorang
bukan untuk sesiapa lain
rindu untuk sentiasa berada di sampingnya di saat duka dan suka
perit dan jerih
bahagia dan kecewa
bila si dia menyatakan hasrat untuk bertemu
alangkah gembira kurasa
berbunga hati ini
indahnya alam ku rasai
namun perasaan cemburu membunuh
bukan sekadar diri ini, malah segala keindahan yang kurasa
niat untuk menjadikan si dia tempat berkongsi isi hati
merupakan kesilapan besar diri ini
jadi?
kepada siapa hendak ku mengadu
tidak pernah sekali terlintas akalku untuk dipandang lemah oleh insan lain
hanya nukilan hati disini menjadi peneman duka lara
untuk bertemu denganku bagai mutahil, teman2 diutamakan
selalu hati ini tertanya2 siapa diri ini baginya
bukan tidak aq syukuri pengorbanannya
belajar memasak untuk menambat hati ini,
prihatin kepada insan ini disaat-saat diri ini sakit dan berlapar
namun sifat manusia itu sendiri tamak
tidak pernah merasa cukup dengan nikmat yang ada
tapi adakah aq melampau kali ini?
adakah layanan aq untuknya sekadar "biasa"??
hingga dirinya tidak langsung merasa istimewa bagi diri ini..?
tidakkah dia tahu, dirinyalah segala-galanya bagiku
kebahu mana harus ku alirkan air mata ini?
aq bukan seorang insan yang murah air matanya
namun tiada pernah aq peduli air mata ini mengalir deras untuknya, dihadapannya
aq cuma ingin tempat bermanja
dan aq tak mahu berkongsi sesuatu yang sebegini istimewa dengan insan lain
namunmengapa sesuatu masalah lebih mudah dikongsi bersama insan lain lebih dari diri ini
tidakkah dia merasa sperti yang kurasa?
semoga hati ini terus tabah
membendung galau diri ini
menahan cemburu dari merajai diri
aq mesti lakukan!!!
biarlah hati ini terluka, biarlah batin ku menderita
kerna ku tahu, tempat diri ini adalah disisinya!!!
aq tak mampu menanggung penderitaan kehilangan insan istimewa seperti dirinya
TIADA KU MAMPU~~~